Friday, July 29, 2016

Hati

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum wbt..

Hati

Tempat letaknya segala emosi, sifat rohani, mazmumah mahmudah..
Ah...hati...

Mengkal keras. Sesak pedih.
Kenapa mesti begini..?

* * *
Ingin saja kuhamburkan segala rasa di sini. Tapi khuatir, ada yang mencerca.. Cukuplah. Allah Maha Mengetahui rasa hati..

Keluargaku..

Apa payah benar untuk menyatu?
Di mana silap?
Egokah..atau..Terasa hati benarkah?..

Kalaulah gemulah ayahanda melihat..Apa sedih hatinya melihat kami begini?..

Aku menangis. Sendiri lagi.

Berteman alun merdu instrumental piano, Only you.. Rasa sedih datang lagi..









Wednesday, July 13, 2016

InsyaAllah

Bismillah..
Assalamu'alaikum wbt..

InsyaAllah..
Atau mungkin sesetengah orang betah mengejanya in shaa Allah..
Maksudnya sama- dengan izin Allah.

Memujuk hati. Sabarlah..
Allah itu Maha Tahu.
Dia tak pernah tinggalkan kita. Sebaliknya kitalah yang meninggalkan Dia. Allahu rabbi. Tegar sekali kita berbuat begitu, selaku hamba.. :'-(

* * *

Masih lagi berlegar-legar pada masalah yang itu-itu juga. Tak serik-serik gamaknya..

Hmmm..
Melepaskan keluhan berat.

Saya tak tahu, bagaimana, bila..ah, bohong! Memang sudah boleh dijangka..Tapi hati dangkal yang menidakkan.

Sudah ramai yang berpesan. Tapi kau? Nafikan. Mengelak. Berpura-pura. Denial phase. Itulah. Itulah. Bahananya.

Sayang..sayang...

Thoughts aren't honest. Emotions are.

Nah. Biar kau rasakan sendiri.
Belajar dari pengalaman. Kerana hentaman emosi dan perasaan itu, guru terbaik untuk mengajar kau erti kekuatan jiwa.

Alhamdulillah, ya Allah.
Atas ujian ini..
:'-(



Saya tidak mahu mengecewakan diri saya sendiri. Apatah lagi mengecewakan hati dia. Atau barangkali, sememangnya dia telahpun kecewa dengan saya? Atau dia pergi berlalu dulu, kerana tidak mahu kecewa dengan saya..?

..........

Entah apa yang bermain di fikiran dia? Entah apa pula yang saya fikirkan..

Membuang masa memikir, termenung, melayan perasaan. Allahurabbi..Sekali lagi, turun naik hidup, perjalanan hidup sedang menuju ke lurah.. Menurun bersama dengan beratnya ujian..

Ya Allah.. Tolong..
Bantulah hamba agar keluar dari gelodak perasaan ini. Berperang berseorangan.
Perit. Hati pedih.

Iya. Hamba tahu. Luka itu perlu, agar Kau sembuhkan dengan cahayaMu.
:'-)


InsyaAllah, insyaAllah. You will find your way. 
InsyaAllah, we'll find our way.
:'-)

Tuesday, July 12, 2016

Hakikat Rasa

Bismillah..
Assalamu'alaikum wbt..

Dah lama tak meluah rasa. Terima kasih Allah. Masih beri kesempatan untuk saya meluah rasa di sini.

Sunyi..
Tanpa sesiapa..

Damai..
Dengan menulis..

Sepi..
Hanya ada Dia..

Pada yang tiada, ada sabar. Pada yang ada, ada syukur..

Sabar dan syukur selalu.
Cara sabar, diiring solat.
Syukur pun begitu, perlu solat.
Itu saja yang Allah minta..

Alhamdulillah.. Syukur selalu.

All praise is to Allah.
All praise is to Allah.

Senyum.
Tanda engkau tabah.
Tanda engkau redha..
Senyumlah, walaupun payah.
Tak apa..
Allah Maha Tahu..
Dia kan ada..

:-)

* * *
Flashback.

Raya pertama.

Allah Maha Tahu.

Boleh saja Dia takdirkan perkara itu tak terjadi.
Tapi, diizinkanNya terjadi juga.
Ujian.. Itu saya tahu. Cukup tahu..

Tapi, saya belajar faham. Yakin dengan sebenar yaqin, Allah itu memang Maha Tahu..

Terima kasih Allah.
Alhamdulillah. All praise is to Allah..

Gembira rasa. Sebak pun ada. Macam-macam rasa yang ada.

"Aku tak berapa ingat kuburnya yang mana satu..", pak cik tersenyum..

"Dia yang belah darat tu kan..?", tanya abang Wan.

Allah.. Allahu Allah..

Masih ada yang mengingati.. Saat diri ini rasa persis orang 'buangan'..

Terima kasih Allah..
Masih ada yang mengingati..

Saya doakan, moga pakcik, abg Wan, seluruh keluarga pakcik, dirahmati Allah, dan dalam peliharaan Allah selalu. Amin.

Semoga pak cik dan mak cik baik-baik dan sihat sejahtera selalu. Amin. Allahumma Amin.

* * *

1 Syawal 1437 H.
6 Julai 2016.
4.30 pm kurang lebih.

Berbaju putih, leluhur tanda suci bersih. Kembali kepada fitrah, hendaknya. Pada hari Aidilfitri..

Kau, dan aku sama..
Kita tak ada beza..
Perjalanan mencari Tuhan ini, memang, kita lalui dalam rasa yang serupa, tapi berbeza jalan dan cara..

Hakikat rasa, kita yang rasa.
Tapi Allah kan ada..
Nak takut apa..?

La takhaf, wa la tahzan.
Innallaha ma ana.

:-)


Monday, May 2, 2016

Bahagia

Bismillah..
Assalamu'alaikum wbt.

:-)

Bahagianya, pulang ke kampung.
Menyapa angin lembut desa.
Membawa bersama alun rindu...
Bahagia.. :-)

Memori semalam tersingkap kembali..
Di rumah ini.

'Menyendoi' gemulah ayahanda.
Melawat sahabat sehidup.
Saya, mencuri pandang sosok kecil itu..
Ah, bahagianya kenangan lalu.. :-)

Hari ini..1 Mei 2016..
Mengutip hikmah di sepanjang perjalanan kedewasaan..
Berbagai-bagai rencah rasa hidup hadir bersilih ganti.
Ada manis, pahit. Tawar, hambar. Malu, segan, takut, sunyi, sepi hadir bertalu.

Tapi, iya! Saya hanya mahu mengenang yang manis-manis sahaja untuk sejarah hari ini.



* * *

Berbaju rona biru tua. Saya. 
Berbaju T biru muda. AHS, dia.
Tidak lagi berbasikal. Tapi bermotor roda dua.

Saya hanya mampu melihat..
..dari kejauhan.

Angin menyapa lembut..Seolah mengerti gelodak rasa..Hanya melihat dari jauh..
Itulah dia..
Pemilik tubuh sosok kecil telah berubah..
Seiring detik masa waktu yang berubah..
Menjadi sang dewasa yang mengkal dan sasa.
Dia bukan lagi sosok kecil yang selalu bertamu di bayangan fikiran.
Dia ialah dia! Yang sekarang!..

Mana mungkin saya melupakan si pemberi inspirasi, yang pernah hadir di celah kisah hidup saya yang berduri..?

Dia..
Bahagia saya.
Dulu, kini, dan selamanya.

Dia, sahabat saya.
Yang disayang-sayang selalu, seadanya..

AHS.
Jaga diri selalu..
Semoga bahagia juga ada selalu untukmu, sahabatku.

Kita bertemu untuk berpisah.
Kita berpisah, untuk bertemu kembali.
Farewell, my friend!
Ada rezeki, kita jumpa lagi!
:-)

 




Saturday, April 23, 2016

Cikgu S A


(Entri ini ditulis pada tahun 2010, disimpan dalam draft, dipublish semula pada tahun 2016.)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum wbt..

Cikgu

Selama 12 tahun saya mencarinya..Saya akui. Dialah salah seorang yang membentuk saya hari ini, dengan kuasa Allah. InsyaAllah.. Ada sedikit rasa sebak dalam dada saya tatkala bercakap dengannya tempoh hari (dan itu satu perkara yang berlaku tanpa disedari olehnya..) :). Terdengar suaranya di hujung talian, dengan nada biasa, dia akur, masih mengenali dan mengingati saya.
* * *
+Aslkm wbt, cikgu.
-Wslm wbt.
+Ye, cikgu. Ni saya ni, Syuhada.
-Syuhada? Syuhada mana..
+Aa, Nurul Syuhada..
-Nurul Syuhada Hashim? Budak kuat merajuk tu..?
+Ye, saya cikgu. Eh, mana ada kuat merajuk cikgu...! (Allah, malu ya amat saya masa ni..)
-Yeee..kuat merajuk dulu. Sikit-sikit merajuk, sikit-sikit merajuk. (Huhu).

Antara perbualan awal dengan cikgu..Tapi, sungguh! Saya tak menyangka, cikgu boleh terus teringatkan saya tanpa perlu berfikir panjang..hm..terharu, sedikit..
* * *

Lewat kemudian, kami bermesej. Hubungan guru-murid, memang ada nostalgia tersendiri. Menyingkap tabir kenangan persekolahan..

Saya:
intrnt problm ckgu..
http://b.static.ak.fbcdn.net/rsrc.php/yo/r/UlIqmHJn-SK.gif
Cikgu:
k je,line byr sprh tu
Saya:
udah tunggak..:):)
Cikgu:
kna byr,tp sok dia org cuti
Saya:
hehe..ok,dah antar ckgu..
dh rs mcm dateline nganto koje sek..ckgu ni pun..
Cikgu:
msh bljr kn
Saya:
ye.sem akhir..tesis je tggl.
Cikgu:
bgus la tu,kn dh ckp dlu kn
ilmu tu harta kita
Saya:
iye..trm ksh ckgu..
3 benda kita bawak mati: sedekah jariah, ilmu yg bermanfaat, dn doa anak yg soleh/ah..
mg Allah redha kt..
Cikgu:
nape dlu bla ckp tnduk je,tgk duit hlng ya
Saya:
sy malu.. :):)
skrng pun malu lg..:):)
Cikgu:
jgn takut lg, cgu kn ada
Saya:
ntahla ckgu..ape y sy tau, buruk baik yg berlaku dlm hdp kt, ada hkmahNya...y pnting, kt sabar, redha dn yaqin dgn Dia..
trm ksh ckgu..
:):)
Cikgu:
dlu kn kena buli bdk klas kn.ngis tu stu smgt nk bljr
Saya:
iye..
Cikgu:
skrg ni cam ne
Saya:
mksd ckgu?
Cikgu:
kn dh berjaya ke puncak pling tggi
Saya:
blm lg..
Cikgu:
nk smpi la tu
Saya:
rs nikmat..:):)
Cikgu:
nkmt cam ne tu
Saya:
tu sbb sy usaha cr ckgu..sbb ckgu betul2 inspirasi sy dr sek smpi sy master..
ikhlas, trm ksh ckgu..
Cikgu:
tksih krn igt lg, ramai tak suka cgu krn garang sgt
Saya:
xpe..bsr jasa ckgu..ilmu y ckgu sedekahkan berpanjangan..
http://b.static.ak.fbcdn.net/rsrc.php/yo/r/UlIqmHJn-SK.gif
Cikgu:
kbnykan yg dh berjya takkan mau jmpa cgu lg.
Saya:
xlh ckgu..pggilan ckgu ni pggln keramat smpi hujung nyawa..insyaAllah, slagi hdp, sy sntiasa doakan ckgu2 n psyarah2 sy..
ckgu, permisi dl, blh..? :):)
Cikgu:
tksh,
Saya:
ok..aslkm wbt..
Cikgu:
wslm

* * *

Tukar kepada mode puisi:

Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi
Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara
Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka
Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca .

(Usman Awang: Guru Oh Guru)

* * *
Terima kasih cikgu.

Thursday, April 14, 2016

My childhood memory

Bismillah..
Assalamu'alaikum wbt..

:-)

My childhood memory, my childhood sweetheart.

* * *

Ceritanya..

Ada dia. Budak lelaki yang juga darjah 3. F. Kawan satu kampung. Kawan sepermainan saya. Kawan sekelas.
Saya perasan. Saya tahu. Dia suka saya. Tapi saya tak suka dia. Dia comot, barangkali. ':) Tak baiknya saya, kan. Dush!!

Dan.. Ada dia. Kawan lelaki kami. Juga darjah 3. AHS. Kawan satu kampung. Bukan kawan sepermainan saya. Tapi, kawan saya sama-sama pergi sekolah. Kawan sekelas. Kawan duduk sebelah, meja hampir dengan saya.
Dia tak tahu. Saya suka dia.
Dia comel, barangkali.. ;)

Watak utama. Budak perempuan kecil. Berambut pendek. Darjah 3. Baju T-Shirt merah di dalam. Disarung dengan baju gown bunga-bunga warna pink. Labuh separas lutut. Kasut pink.
Itu saya.

Di jalan baruh (jalan dalam kampung menghala ke sungai), sebuah kampung. Teluk Bedayung. Cerita budak hingusan..

Saya 'gedik'. Natural sifat manja. Sifat anak bongsu barangkali. Gemar melaram. Menyarung sepersalinan pink atas ke bawah, jalan-jalan ambil angin tepian sungai jalan baruh.

F nampak saya. Tersengih-sengih, menyorok di balik pokok kelapa. Benci! Rumahnya di situ..Rimas tengok dia menyengih! Benci kuasa dua.. :'-(

Tiba-tiba, dia lalu. Dengan basikalnya.
Dia! AHS!
Rasa suka ganda-ganda. Saya senyum. Meleret. Gedik sungguh! Budak hingusan...

Dia menunggang basikal.
Mahu pulang ke rumah, boleh jadi.
Nampak kami berdua. Ya, saya dan F! Entah kenapa, dia buat hal. Tunggang basikal, pusing keliling saya..Menyakat, mengusik:

"Owwwhhh... Suka F yaaa!!!"
"Owwwhhh...dating yaaaa!!!"
"Owwwhhhh...pakai baju cantik, seksi-seksi yaaa!!!"
"S suka F! Aha! S suka F! Aha! S suka F!"

F menyengih di balik pokok. Mahu saja doakan buah kelapa timpa kepalanya. Huh!
Arghhh...!! Malunya saya! Kenapa AHS sanggup cakap camtu??? Cewah...budak perempuan hingusan sendu dalam hati.

Sampai hati dia..

AHS pusing basikal keliling lagi. Masih menyakat!

"Owwwhhh!!! Suka F yaaaa...Eee, tak malu....!!!Pakai baju seksi-seksi..!!Eee!!!.."

Budak perempuan darjah 3 mahu menangis. Tapi tahan-tahan, rasa malu dan segan.
Jerit kuat-kuat:

"Mana ada lah!!!!"

Tapi...hanya jerit dalam hati:
"Saya suka awaklah! AHS!!"
Huhuhu..Sendu budak perempuan comot, hanya batinnya yang tahu..Benci kuasa tiga pada AHS!

Sampai hati AHS.........

Kasihan NSH.............

Malang lagi F.....watak tambahan sahaja.
Huhu..

Usai bergaduh..Pulang ke rumah. Seret rasa sendu dalam hati. Omel dalam diam. Sampai hati AHS...
Budak perempuan pakai baju pink atas bawah, "Mahu show off baju pada awak." Rasa sedih berganda-ganda...

:'(

Itu kisah satu petang, di tepi jalan baruh, tepian sungai. Kampung Teluk Bedayung.
Kisah budak Darjah 3...

* * *

Darjah 4.

Budak perempuan, sudah tahu rasa malu. Sudah mula bertudung penuh selalu.
Sudah malu berkawan dengan lelaki.
Tiada lagi duduk meja sebelah-sebelah-AHS.

Ganti nama. Kawan baik. Baru.
Kawan perempuan. NHAS. Kawan fillah abadan abada. Duduk meja sebelah-sebelah. NSH&NHAS. Akrab. Sampai Darjah 6. Sampai Tingkatan 2.

AHS?
Masih setia.
Kadang mengusik. Kadang diam.
Tak jemu membantu. Patuh arahan cikgu:
"Hantar, bagi S surat khabar ya..!"
Setianya dia menghantar..
Baiknya dia..

Budak perempuan masih suka. Tapi masih diamkan. Masih pendam.

Naifnya perasaan itu. Perasaan jujur. Suka.

Tanpa tahu, kenapa suka?

Ah, budak mentah..masih hingusan..
Hati suci, jujur selalu..

Kisah sekolah rendah.. :-)

* * *

16 tahun berlalu..

Budak perempuan sudah berubah..
Sudah membesar...
Sudah dewasa...
Sudah semakin matang.
Bertukar status.
Sudah bergelar isteri dan ibu..

Doanya, sahabat-sahabat kecil masa lalu, dalam peliharaan Allah selalu.
AHS, NHAS, F, Cikgu S..They are part of my memories.

My childhood memory.
They are my childhood swethearts.

Budak perempuan hingusan;
anak manja bapak.



Saya rindu dan sayang kalian!

Tuesday, February 23, 2016

Cikgu

Assalamu'alaikum..
Salam sejahtera ke atasmu..

"Cikgu"..

Rindu..
Pada dia..
Yang mengajar tulis baca, dengan lembut dan sabarnya.

-
"Nanti hafal sifir. Minggu depan cikgu tanya!".
Sifir kali 2, 3, 4, 5 seterusnya.........
Ah, banyaknya!
Ligat baca. Ligat ingat. Mesti hafal cepat-cepat. Harus betul wajib tepat.
Ulang baca atas lanting, depan kakak, berdiri, baring.
Bangga baca depan kawan, yakin diri kacang je ni.
Cikgu panggil datang depan, "baca sifir 11/12, jangan laju, jangan perlahan".
Berjaya baca, cikgu kagum murid darjah 3.
Saya. :-)
Senyum saja! ;-)

-
"Garang", pada mereka.
"Penyayang", pada saya.

"Garang", kata dia.
"Caring", kata saya.

Tak pernah jemu bertanya. Kenapa, ya?
Simpati, barangkali..

"Jangan takut lagi. Cikgu kan ada.." , katanya 12 tahun kemudian. Itupun, sudahpun 6 tahun berlalu..

Rindu. Padanya.
Pada dia.
Yang bernama "cikgu".

-

Psstt..Cikgu, hari guru nanti, kalau ada rezeki, ada jodoh dan nyawa, akan saya titipkan hadiah buat cikgu. Tiada kata secantik bahasa untuk saya ungkapkan penghargaan. Tiada gambar secantik lukisan untuk saya tunjukkan perasaan.

Doanya, moga cikgu sentiasa berbahagia dirahmati, dengan anak isteri, penyejuk mata penenang hati..

-

Monolog: Saya di sini, cikgu. Mahu menjadi inspirasi kepada anak didik saya pula. 
Kerana,
KAU INSPIRASIKU! :-)


Tuesday, February 16, 2016

Amsyar 2t 11b

Hello Amsyar..

Amsyar dah free diapers..yayyy!!.
2tahun 11 bulan..


Tempoh percubaan 2 hari..fail.
Sambung semula pakai pampers seminggu (balik cuti rumah tok wan.takut tereksiden.)

Balik Penang, sambung balik potty train..tak sampai seminggu, Amsyar dah berjaya. Yay! Bagus!! Kata Amsyar sambil buat thumbs up muka bangga.

You did it very well, my dear darling.
"Terima kasih, sayanggg.."

:-)

Thursday, June 13, 2013

My heroes.. :)

Hero-hero saya. Seorang, buah hati saya. Seorang lagi, pengarang jantung saya. 
Love them so much..! :)

"Rabbana hablana min azwajina, wazurriyyatina qurratua'yuni waj'alana lilmuttaqi naimama."
Ya Allah, kurniakan kami pasangan dan anak-anak yang menggirangkan hati kami dan jadikan kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Amin, amin..Allahumma amin..

Tuesday, May 14, 2013

Suami


Salam pembuka kata.

Apa yang teruk sangat sampai posting pasal suami lak..huk2..
Of course la..Rasa down gila dengan ragam 'mereka'.
Tengok gambar cik abang, rasa up sikit..huhu..teringat lagu You raise me up-Josh Groban.

Rindu~ sama ayah amsyar..:'(

 
 Gambar yang ada something.
Daripada someone menjadi somebody...

Wednesday, May 1, 2013

Dulu dan kini

Assalamu'alaikum teman bicara maya..
Dulu dan kini.. :)

Saya bahagia dengan kehidupan dulu, dan lebih bahagia dengan kehidupan sekarang..
Alhamdulillah..


MUHAMMAD

 
AMSYAR


SYAFI


AYAH N IBU :)

Saya bahagia...

Menjadi isteri kepada Mohamad Syaiful Bin Karim.
Menjadi ibu kepada Muhammad Amsyar Syafi Bin Mohamad Syaiful.
Hidup saya sudah lengkap dengan kehadiran mereka...

* * *

 Satu waktu dahulu...

Saya tidak pernah menyesal terkandas di medan itu. Tapi, masih ada sedikit ralat kerana 'pemergian' saya di medan itu tidak berjawab, pergi secara misteri-penuh tanda tanya bagi mereka.
MAAF...buat kalian yang tertanya-tanya...

Syukur, Alhamdulillah..Allah memberikan saya peluang ke-dua.
Peluang untuk terus menuntut ilmu dalam medan yang sama, tapi waktu-tempat-dan kondisi yang berbeza.
Doakan saya agar terus cekal, tabah, dan sabar di medan ini.

UPSI 2014. InsyaAllah.
Itu janji saya kepada diri dan suami.
UPSI 2014!


Friday, November 2, 2012

Nurul, abang....kita....

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..

Lama sungguh tak berblog..genta rasa untuk menulis hilang untuk seketika. Saya rindu pada sesuatu yang hilang..

Rindu rasa keseorangan dan rasa takut pada Allah itu, yang acapkali hadir waktu berseorangan...Rasa diperhatikan-Nya, rasa dilihat oleh-Nya..AllahuRabbi..Perasaan itu PERNAH hadir, dulu...tapi bukan kini...
:'(

*   *    *

Saya cintakan suami saya. Benar. Cinta yang masih muda mekar, asyik masyuk dengan pelbagai harapan dan impian..Tapi saya tidak dapat menyangkal, suami saya, hatta perkahwinan ini masih lagi ujian buat saya..Ya, Allah itu Maha Menguji hamba-Nya..Dan sudah pasti ujian yang kita terima berupa hubungan kita dengan hamba-hambaNya juga sebagai satu manifestasi di mana keIKHLASan kita yang mengaku beriman keranaNya semata-mata...

Saya acapkali tewas dengan ujian bergelar ' sang isteri'..

:'(

*  *  *

Abang..
Nurul takkan pernah menyesal menjadi suri hati abang...kerana abang adalah jawapan pada istikharah-istikharah, dan doa-doa Nurul pada masa yang lalu...Abang adalah jodoh yang dikurniakan Allah untuk Nurul..

Tapi hati tidak dapat menidak, hati Nurul juga tercalar saat diri mengguris hati abang...(Astaghfirullahal'adzim..)

P. Ramlee kata, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri..
Allah firman, isteri, anak-anak dan harta itu ujian bagi para lelaki...

Abang, kita tak dapat lari dari mehnah perkahwinan. Setahun jagung di medan ini, masih banyak yang perlu kita belajar dan ulangkaji..Tapai pasti bukan berseorangan..Harapan Nurul, berhajat benar menjadi makmum yang akur dengan perintah dan ajaran imam, yakni abang...

Nurul mohon maaf zahir batin atas setiap bait kata, perlakuan dan perbuatan yang mencabar sisi suami abang..

Nurul pohon keampunan kepada Allah, mohon dilembutkan hati Nurul menerima tiap teguran abang dengan hati penuh tawadhu' dan redha....

Nurul mohon redha abang, supaya redha Allah ada untuk Nurul...


Nurul sayang abang.... 
 :'(


Friday, November 18, 2011

Walimatul Urus N&S

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..

Dengan izin Allah, Alhamdulillah, tadbir kami seiring dengan kehendak takdirNya, InsyaAllah..

Saya menjemput semua yang mengenali diri ini ke majlis perkahwinan saya pada 3 Disember akan datang..Moga kehadiran kalian akan menyerikan majlis kami, amin.







Saturday, July 30, 2011

udara segar

bismillah..
aslkm wbt..

udara....hirup segar nafas ini..Alhamdulillah..antara nikmat yg masih ada..

aku..?
masih kekal begini..?
aku masih ada cita-cita..impian. teringin sekali menulis sebuah buku-psikolinguistik..angan-angan atau memang harapan..?? InsyaAllah..

ada tanggungjawab yang masih belum selesai. (pejam mata erat-erat, fikir kejap-kejap.harus langsaikan 'hutang' nunnn di sana..)

aku bekerja. sebagai kuli..? tidak. aku menunaikan kerja yang setimpal dengan kemampuanku. cukuplah..berbasi-basa, cukuplah untuk melepaskan sesak dan harus, insyaAllah, rezeki ini halal...mudah-mudahan..

solat..? aduh. persoalan berat. yang wajib sedia ada, dan yang wajib diqadha. ini latu lagi hutang yang maha berat..AllahuRabbi..

(mudah benar menjadi sang hipokrit, walhal dosa bertambun seorang diri. perasan tidak diperhatikanNya..?ptuih..dasar manusia tidak kenang nikmat Tuhan.) Astagfirullahal'azim....

* * *

empat bulan lagi, menjadi suri buat si dia..debar, gentar. amanah, berat. aku makin menjunam. maksudnya, persediaan mental rohani etc makin hampas...istighfar lagi. bukankah waktu2 kritikal ini sepatutnya aku menjadi lebih baik..? aku tak harap dia seorang yang baik, tapi fokus aku memang pada diri aku sendiri..
how..? bagaimana aku harus terus berusaha menjadi yang baik dari hari ke hari.............noktah.

mak, maaf. anakmu ini memang sang tuan yg maha dahsyat.

hitunglah dosa yang menimbun, dan heret semuanya ke lubang kubur menempah neraka..na'udzubillah..aku tak mampu..

tak mampu..? jadi..pergi. tunaikan. solat sunat taubat. ampuni aku, Tuhan. T_T

Tuesday, May 24, 2011

Bismillah..

lama tak menulis blog..niat hanya mahu berkongsi kisah telus dan mulus seseorang yang biasa tp cukup luar biasa dengan auranya yang tersendiri..

kata en. affa, auranyalah yg memikat..

kata sy, pakej lengkapnya benar-benar menambat..

beruntunglah watak2 yg ada di sekelilingnya, pasti senang dengan senyumannya yang selalu terlakar..

"To know me is to love me.." :)

"Aku menulis bukan kerna nama.." :))

-kekwa


Kepada Cik Kekwa yg akan bertukar status kepada Puan Kekwa hari ni, 24 May 2011, :) selamat pengantin baru diucapkan..moga kekal hingga ke akhir cucu, kekal hingga ke JannahNya..amiin..

:)